|
|
APLIKASI FTPProtokol Pemindahan Fail atau FTP ini digunakan untuk membawa turun (download) fail ke sistem sendiri atau sistem tempatan daripada sistem lain dan membawa naik (upload) fail dari sistem sendiri atau sistem tempatan ke sistem lain. Untuk melaksanakna aplikasi ini, seseorang pengguna itu perlu mempunyai pengenalan diri dan kata kunci. Sebagai contoh, biasanya Internet Service Providers menghadkan saiz bagi sesebuah mel elektronik atau e-mail. Dengan menggunakan FTP, saiznya adalah ditetapkan oleh pengguna sendiri kerana pengguna boleh memindahkan failnya ke sistem lain.
Seterusnya, Protokol Pemindahan Fail juga digunakan untuk memindahkan fail–fail daripada satu hos ke hos yang lain. Ketika memindahkan fail-fail ini, beberapa masalah akan timbul kerana dua sistem yang berlainan menggunakan persetujuan nama fail yang berbeza. Selain itu, dua sistem yang berlainan juga mempunyai cara yang berbeza untuk memaparkan teks dan data. Dua sistem yang berlainan juga mempunyai sistem direktori yang berbeza. Melalui penggunaan Protokol Pemindahan Fail, masalah-masalah ini dapat diatasi dengan berkesan.
|